Russia tembak 51 dron Ukraine - Utusan Malaysia

Russia tembak 51 dron Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mendakwa pihaknya berjaya menembak jatuh 51 dron Ukraine di beberapa wilayah termasuk berhampiran sempadannya, menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Rusia pada Ahad.

Sebanyak 18 dron berjaya dipintas di wilayah Tambov, kira-kira 400 kilometer dari sempadan Ukraine, dan 16 lagi di kawasan bandar sempadan Belgorod, menurut kenyataan itu di Telegram.

Dron-dron lain ditembak jatuh di wilayah Oryol, Briansk, Lipetsk, dan Voronej.

Satu lagi dron dipintas di wilayah Kursk, ketika tentera Ukraine melancarkan serangan darat sejak Ogos lalu, dan menguasai beberapa ratus kilometer persegi wilayah Rusia.

Russia hampir setiap hari mengumumkan kejayaan memusnahkan dron Ukraine.

Kyiv pula menyatakan serangan tersebut, yang sering menyasarkan infrastruktur tenaga, adalah sebagai tindak balas terhadap pengeboman Russia ke atas wilayah Ukraine. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya