PETALING JAYA: Pemain No. 4 dunia, Yin Ruoning berjaya melakukan tujuh birdie untuk bergelar juara pada Kejohanan Golf Maybank 2024 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), hari ini.
Pemain China itu berjaya menewaskan wakil Thailand, Jeeno Thitikul dengan satu pukulan dan turut mendahului pemain Korea Selatan, Ryu Hae Ran.
Ketiga-tiga pemain itu bermula dengan baik selepas berkongsi mara pada pusingan ketiga semalam dengan markah 16 di bawah 200 (67-67-66).
Pemain berusia 22 tahun itu meneruskan permainannya hari ini sekali melakukan tujuh birdir pada lubang pertama, ketiga, keenam, ketujuh, ke-10, ke-12 dan ke-18 untuk menamatkan saingan terakhir dengan tujuh di bawah 65 bagi empat hari kejohanan.
Keputusan itu menyaksikan beliau merangkul kejuaraan Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) keduanyan dalam masa dua minggi selepas merangkul di Shanghai pada 13 Oktober lalu.
Untuk rekod, Kejohanan Golf Maybank menjadi gelaran kelimanya dalam Jelajah LPGA. – UTUSAN