Rumah teres dua tingkat pegangan bebas di Scientex Jenjarom

Rumah teres dua tingkat pegangan bebas di Scientex Jenjarom

RUMAH Teres Dua Tingkat hak milik kekal di Jenjarom
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Scientex Berhad mengumumkan pelancaran pembangunan terbaru di Jenjarom, sebuah kawasan yang dinanti-nantikan gabungan antara pusat komersial dan kediaman.

Scientex Jenjarom terletak di kawasan yang strategik, menawarkan kebolehcapaian ke bandar-bandar besar yang berdekatan dengan lebih pantas melalui Jalan Klang Banting, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Central Link (ELITE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Kelebihan Scientex Jenjarom ialah bakal penduduk mudah untuk sampai ke destinasi seperti Banting, Klang, Kota Kemuning, Shah Alam, Bandar Saujana Putra dan Puchong dalam masa 30 minit sahaja.

EMPAT bilik tidur dan tiga bilik air, serta balkoni di bilik tidur utama.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan asas termasuk institusi pendidikan, pusat perubatan dan pasaraya yang terletak berhampiran Scientex Jenjarom.

Antaranya adalah Hospital Banting, Hospital Columbia Asia Bukit Rimau dan Hospital Pakar Sentosa Klang. Untuk memudahkan penduduk membeli-belah, terdapat Lotus dan Econsave yang boleh dikunjungi dalam jarak dua kilometer sahaja.

REKA bentuk terbuka

Paling penting sekali ialah Scientex Jenjarom menawarkan rumah dan unit komersial dengan harga yang menarik untuk bakal penghuni and para peniaga. Rumah Teres 2 tingkat seluas 1,625 per kaki dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM453,000 atau kira-kira RM279 setiap kaki persegi yang sangat berbaloi dan mampu milik.

Oleh itu, tanda kalendar anda pada 13 Oktober 2024 ini kerana Scientex Jenjarom akan mengadakan Rumah Terbuka yang akan berlangsung pada 10 pagi hingga 5 petang.

EMPAT bilik tidur dan tiga bilik air, serta balkoni di bilik tidur utama.

Pelbagai acara yang menyeronokkan akan disediakan untuk para tetamu seperti hidangan bufet, gula-gula kapas, popcorn, taman permainan kembung dan bengkel DIY. Dan yang paling menarik, penganjur menampilkan watak khas Iron Man dan Batman!

Ini adalah masa yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil melihat Rumah Contoh Scientex Jenjarom dan pelan pembangunan Scientex. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN