Roket Hezbollah serang Haifa, 10 cedera di utara Israel

Roket Hezbollah serang Haifa, 10 cedera di utara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Kumpulan Hezbollah melancarkan serangan roket ke bandar ketiga terbesar Israel, Haifa, awal pagi tadi, mengakibatkan 10 orang cedera di utara negara itu, menurut polis Israel.

Hezbollah dalam kenyataannya memaklumkan serangan itu menyasarkan pangkalan tentera di selatan Haifa dengan peluru berpandu ‘Fadi 1’.

Laporan media menyebut dua roket mengenai Haifa yang terletak di pesisir Mediterranean Israel, manakala lima lagi jatuh di Tiberias yang terletak dalam jarak 65 kilometer.

Polis Israel mengesahkan beberapa bangunan dan harta benda mengalami kerosakan, dan terdapat laporan mengenai kecederaan ringan, dengan beberapa mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Rakaman video daripada kamera pengawasan menunjukkan detik serangan roket Hezbollah mengenai Haifa, manakala agensi berita Reuters berjaya mengesahkan lokasi tersebut berdasarkan reka bentuk bangunan, papan tanda perniagaan, pokok, serta susun atur jalan yang sepadan dengan imej satelit dan fail kawasan tersebut.

Tentera Israel pula melaporkan jet pejuang mereka telah menyerang sasaran yang dikaitkan dengan Ibu Pejabat Perisikan Hezbollah di Beirut, termasuk pusat pengumpulan maklumat, pusat komando, serta tapak infrastruktur lain.

Dalam beberapa jam terakhir, serangan udara Israel juga menyasarkan kemudahan penyimpanan senjata Hezbollah di kawasan Beirut, dengan letupan sekunder dikesan selepas serangan itu, yang menunjukkan terdapat senjata di lokasi tersebut.

Serangan udara turut dilancarkan terhadap sasaran Hezbollah di selatan Lubnan dan kawasan Beqaa, termasuk pusat komando, pelancar senjata, serta kemudahan infrastruktur lain, menurut tentera Israel.

Tentera Israel juga menuduh Hezbollah sengaja menempatkan pusat komandonya dan senjata di bawah bangunan kediaman di tengah bandar Beirut, sekali gus membahayakan nyawa penduduk awam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya