Rogol kanak-kanak perempuan, dua remaja didakwa di mahkamah

Rogol kanak-kanak perempuan, dua remaja didakwa di mahkamah

DUA remaja lelaki bawah umur didakwa atas kesalahan merogol kanak-kanak perempuan di Mahkamah Majistret Tawau hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Dua remaja lelaki di bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan secara berkumpulan pada Khamis lalu.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang berusia 13 dan 14 tahun semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tawau, Mohd. Afiz Huzairi Ayob.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu di sebuah kebun belakang rumah di sebuah kampung di sini kira-kira pukul 9.40 malam pada 26 September lalu.

Atas kesalahan itu, kedua-dua remaja tersebut didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan 21 November sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada sebarang ikat jamin ditawarkan terhadap kedua-dua tertuduh.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Batrisyia Mohd. Khusri, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan tiga remaja lelaki telah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada Jumaat, kira-kira pukul 5.40 petang kerana disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan.

Hasil siasatan polis mendapati, kesemua remaja yang ditangkap didapati merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun secara bergilir-gilir di sebuah kebun, belakang rumah, di sebuah kampung di sini, kira-kira pukul 9.40 malam, pada 26 September lalu.

Namun hari ini, hanya dua suspek didakwa di mahkamah manakala, seorang lagi difahamkan menjadi saksi pihak pendakwaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya