Rodri menang anugerah Ballon d'Or

Rodri menang anugerah Ballon d’Or

PEMAIN tengah Barcelona, Aitana Bonmati (kiri) dan pemain Sepanyol, Rodri bergambar bersama trofi Ballon d'Or masing-masing di Teater du Chatelet, Paris, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pemain Manchester City dan Sepanyol, Rodri dianugerahkan sebagai pemenang Ballon d’Or lelaki selepas membantu pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) empat kali berturut-turut dan Euro 2024, namun Real Madrid memboikot majlis tersebut.

Keputusan untuk menganugerahkan Ballon d’Or kepada pemain tengah itu mengejutkan, dengan Vinicius Junior dari Real Madrid, yang memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara dianggap sebagai pilihan utama.

“Mereka ada keputusan mereka, mereka tidak mahu berada di sini atas alasan mereka. Saya hanya fokus pada kelab saya dan rakan sepasukan saya,” kata Rodri.

Terdahulu bintang Barcelona dan Sepanyol, Aitana Bonmati memenangi anugerah Ballon d’Or wanita buat kali kedua selepas membantu kelabnya melakar sejarah meraih kejuaraan sebenua kali keempat dan memenangi Liga Negara-Negara bersama negaranya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya