Ribuan penduduk pindah, bimbang ancaman Ribut Tropika Trami

Ribuan penduduk Filipina berpindah, bimbang ancaman Ribut Tropika Trami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Ribuan penduduk di Filipina dipindahkan dari kediaman masing-masing, ketika negara itu bersiap sedia berdepan Ribut Tropika Trami.

Menurut pihak berkuasa, ribut berkenaan membawa jumlah taburan hujan dan banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dalam beberapa hari akan datang.

Siklon ke-11 melanda negara tahun ini, Trami dikenali sebagai Kristine melanda hampir semua pulau Luzon dan Visayas, serta beberapa bahagian di Mindanao.

Ia menyebabkan banjir teruk dan tanah runtuh di timur negara itu, yang diramalkan berlaku pada petang Rabu dan awal pagi hari ini.

Pejabat kerajaan dan sekolah di seluruh Luzon, pulau terbesar negara itu, ditutup buat sementara waktu dan empat wilayah Quezon dan tiga di wilayah Bicol berdekatan diisytiharkan keadaan bencana.

Di Bicol, lebih 47,500 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan dipindahkan ke tempat selamat.

Sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan maut dan lima yang lain hilang.

Filipina adalah negara yang paling berisiko dilanda bencana alam, menurut Laporan Risiko Dunia 2024.

Setiap tahun, jutaan penduduk terjejas akibat ribut taufan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya