Ribuan penduduk bantah sokongan tentera Jerman pada Ukraine

Ribuan penduduk bantah sokongan ketenteraan Jerman pada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Ribuan orang berarak di Berlin bagi membantah sokongan Jerman kepada Ukraine yang kini berdepan serangan dari tentera Rusia, semalam.

Protes itu dianjurkan oleh sebuah kumpulan berhaluan kiri yang menggesa orang ramai berhimpun di ibu negara Jerman sambil membawa plakad yang membawa mesej anti perang.

Antara tuntutan utama mereka adalah supaya Jerman menghentikan penghantaran senjata ke Ukraine, yang sangat diperlukan oleh Kyiv untuk mempertahankan diri daripada serangan Rusia.

Protes tersebut diadakan seminggu sebelum lawatan negara pertama oleh presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ke negara Eropah itu sejak Ronald Reagan pada 1985.

Joe Biden dijangka bertemu dengan sekutu Ukraine bagi membincangkan sokongan ketenteraan kepada negara yang dilanda peperangan itu di pangkalan tentera AS di Ramstein, barat Jerman.

Jerman telah menjadi penyumbang kedua terbesar bantuan ketenteraan kepada Ukraine selepas Amerika Syarikat, tetapi negara itu bercadang untuk mengurangkan separuh daripada belanjawan bantuan tersebut tahun hadapan.

Sementara itu, Parti Alternatif untuk Jerman (AfD) yang berhaluan kanan turut mencuri perhatian pada September lalu dengan memenangi undi Parlimen pertamanya di negeri Thuringia dan menduduki tempat kedua di negeri jiran, Saxony.

Platform AfD yang sering mengkritik dasar pelarian, kepelbagaian budaya dan Islam, turut mengecam polisi Canselor Olaf Scholz yang memberikan sokongan tanpa syarat kepada Ukraine.

Mereka menyatakan usaha diplomatik Jerman dan Kesatuan Eropah setakat ini adalah ‘terlalu tidak tegas’ dan menggesa Berlin membawa Rusia ke meja rundingan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya