Reman 24 individu termasuk CEO GISBH disambung lagi

Reman 24 individu termasuk CEO GISBH disambung lagi

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perintah tahanan reman terhadap 24 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali disambung sehingga 10 Oktober ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, permohonan itu dibuat pasukan siasatan selepas tempoh tahanan reman kesemua individu yang ditahan semula pada Isnin lalu tamat hari ini.

Kata beliau, reman isteri kepada seorang lagi pemimpin tertinggi GISBH pula disambung sehingga esok.

“Reman individu berprofil tinggi membabitkan siasatan GISBH termasuk Nasirudin telah dibenarkan sehingga 10 Oktober ini.

“Isteri kepada seorang lagi pemimpin kanan GISBH pula dibenarkan hingga esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 19 September lalu, 24 individu termasuk pimpinan tertinggi syarikat itu direman dua kali, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 32(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 14 Atipsom.

Mereka sekali lagi ditahan bersabit kertas siasatan kes buruh paksa mengikut Seksyen 12 Atipsom pada 30 September lalu.

Secara keseluruhan, seramai 93 ahli GISBH masih lagi direman manakala 34 individu lain ditahan di bawah Sosma.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membekukan keseluruhan 206 akaun berkait GISBH bernilai lebih RM1.35 juta setakat ini.

Tindakan pembekuan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai USD1,344.26 (RM5,688.80)

Pembekuan akaun dan harta berkait GISBH diambil mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

Selain itu, PDRM turut membekukan pelbagai aset iaitu 31 kereta dan bas pelbagai guna serta 19 lot tanah.

Sebanyak 19 kereta dan sebuah lori, wang tunai RM16,850, dua jam tangan jenama Amazfit dianggarkan bernilai RM600 serta pelbagai jenis haiwan dianggarkan bernilai RM230,000 turut di sita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya