ISTANBUL: Ratusan wanita mengadakan bantahan di Turkiye bagi menentang gelombang pembunuhan golongan wanita di negara itu. Perhimpunan baharu itu merupakan tindak balas terhadap kes pembunuhan berganda di Istanbul, baru-baru ini. Ratusan peserta di Istanbul dilihat melaungkan slogan mengecam Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan parti AKP. “Anda adalah Kerajaan yang membenarkan gadis muda dibunuh,” jerit seorang penganjur perhimpunan itu, Gunes Fadime Aksahin kepada orang ramai. Ibu kepada seorang mangsa wanita yang dibunuh, Gulizar Sezer turut berucap semasa perhimpunan itu. Mayat anak perempuannya ditemukan pada Jun lalu, selepas dibuang ke laut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya