SYDNEY: Australia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Israel dan menggesa warganya meninggalkan negara itu, sementara penerbangan komersial masih tersedia.
Menteri Luar, Penny Wong berkata, Kerajaan Australia mempunyai kebimbangan yang serius mengenai situasi keselamatan di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki.
“Terdapat ancaman tinggi serangan terhadap Israel dan di seluruh rantau ini,” katanya.
Beberapa syarikat penerbangan mengurangkan dan menggantung penerbangan ke Israel selepas peningkatan konflik menyebabkan penutupan ruang udara.
Isnin lalu, Israel memperluaskan serangannya sehingga menyebabkan 21 orang terbunuh dalam serangan udara di utara Lubnan. -REUTERS