Raja Charles cemar duli ke Canberra, selepas sedekad

Raja Charles cemar duli ke Canberra, selepas sedekad

Raja Charles III
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Raja Charles dan Permaisuri Camilla dijadual tiba di ibu negara Australia, Canberra, hari ini dengan orang ramai dijangka berkumpul bagi menyambut lawatan rasmi pertama baginda ke bandar tersebut dalam tempoh hampir satu dekad.

Ini merupakan lawatan rasmi ke-16 Raja Charles ke Australia, negara yang pernah beliau menetap selama enam bulan ketika bersekolah semasa zaman remaja pada 1966.

Lawatan kali ini juga menandakan kunjungan pertama baginda ke luar negara sejak didiagnosis menghidap kanser, Februari lalu.

Baginda berdua memulakan lawatan di Sydney pada Ahad, dengan ratusan rakyat tempatan berkumpul di luar Gereja Anglikan St Thomas untuk menyambut pasangan diraja tersebut selepas menghadiri upacara keagamaan.

Setibanya di Canberra sebelum tengah hari, Raja Charles dan Permaisuri Camilla dijadualkan mengunjungi Memorial Perang Australia dan meletakkan kalungan bunga di Makam Askar Australia Tidak Dikenali sebelum bertemu orang awam.

Kali terakhir pasangan diraja itu melawat memorial tersebut adalah pada 2015.

Jadual lawatan mereka juga merangkumi kunjungan ke Parlimen dan pasangan diraja ini akan bertemu dengan menteri-menteri kanan, ahli kehakiman, dan anggota tentera, serta mengunjungi Makmal Penyelidikan Tingkah Laku Kebakaran Hutan Nasional.

Di makmal tersebut, Raja Charles, seorang penyokong kuat alam sekitar, akan menyaksikan demonstrasi ‘pyroton,’ terowong angin khas yang direka untuk meniru kesan kebakaran hutan yang sering berlaku di Australia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya