Program kemasukan kemanusiaan di AS tidak diperbaharui

Program kemasukan kemanusiaan sementara di AS tidak akan diperbaharui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Joe Biden tidak akan memperbaharui program kemasukan sementara berasaskan kemanusiaan bagi ratusan ribu migran yang mempunyai penaja di Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) melaporkan sejak Oktober 2022, kira-kira 530,000 migran dari Cuba, Haiti, Nicaragua, dan Venezuela telah memasuki AS melalui udara dan diberikan kelulusan dua tahun di bawah program parol yang akan tamat tempoh dalam beberapa minggu akan datang.

Program parol membenarkan migran yang mempunyai penaja sedia ada di AS untuk masuk atas alasan kemanusiaan atau jika kemasukan mereka memberikan manfaat awam yang signifikan.

Pentadbiran Biden memperkenalkan program parol ini sebagai satu cara untuk memberikan jalan masuk sah kepada migran dan mengurangkan kemasukan secara haram di sempadan AS-Mexico.

Ketika pentadbiran Biden, jumlah migran yang ditahan kerana melintasi sempadan secara haram mencatat rekod tertinggi, tetapi jumlah ini telah menurun dalam beberapa bulan kebelakangan ini selepas Biden memperkenalkan sekatan baharu di sempadan.

Isu imigresen menjadi topik utama menjelang Pilihan Raya Presiden AS pada 5 November depan, yang menyaksikan Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris, bertanding menentang bekas Presiden Republikan, Donald Trump, yang mengkritik program parol ini.

Keputusan untuk tidak memperbaharui program parol bagi empat negara ini adalah selari dengan rancangan yang telah digariskan oleh DHS ketika program ini dilancarkan, menurut jurucakap DHS, Naree Ketudat.

Kata beliau, migran yang tidak mempunyai kebenaran untuk kekal di AS perlu meninggalkan negara ini sebelum tempoh kelulusan parol mereka tamat, atau mereka mungkin dihadapkan ke prosiding pengusiran.

Kebanyakan migran dari empat negara ini yang dibenarkan masuk di bawah program parol CHNV mempunyai cara untuk kekal di AS.

Ramai warga Cuba layak untuk mendapatkan status penduduk tetap dan akhirnya kewarganegaraan di bawah Akta Penyesuaian Cuba 1966.

Kebanyakan warga Haiti dan Venezuela di AS pula layak untuk Status Perlindungan Sementara (TPS) yang memberikan mereka perlindungan daripada pengusiran dan permit kerja serta memohon suaka. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya