Presiden Georgia tak iktiraf keputusan pilihan raya

Presiden Georgia tak iktiraf keputusan pilihan raya, dakwa campur tangan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TBILISI: Presiden Georgia, Salome Zourabichvili tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya Parlimen pada hujung minggu lalu yang dimenangi oleh parti pemerintah, Georgian Dream.

Beliau menegaskan Georgia menjadi mangsa kepada ‘operasi khas Russia’ untuk mengalihkan negara itu daripada hala tuju ke Eropah.

Zourabichvili menyeru rakyat Georgia berhimpun di jalan utama Tbilisi malam ini, untuk membantah penipuan besar-besaran, kecurian undi secara total, sekali gus meningkatkan prospek ketidakstabilan politik di negara rantau Kaukasus Selatan itu.

Beliau menyifatkan pilihan raya itu sebagai pilihan raya Russia dan mendakwa teknologi digunakan untuk menutupi penipuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat mengumumkan parti Georgian Dream meraih 54.8 peratus undian pada pilihan raya yang berlangsung Sabtu lalu, dengan hampir kesemua undi telah dikira.

Parti pemerintah tersebut telah memperkenalkan undang-undang bagi menyekat kebebasan bersuara.

Jun lalu, Brussels menggantung proses keahlian Georgia dalam Kesatuan Eropah (EU) kerana undang-undang ‘pengaruh asing’ ala-Rusia yang dikuatkuasakan.

Kebanyakan rakyat Georgia melihat pilihan raya Sabtu lalu, sebagai satu referendum mengenai peluang negara itu untuk menyertai EU.

Kempen pilihan raya diselubungi perbalahan politik dan dakwaan kempen kotor, di samping kejadian pembelian undi dan keganasan fizikal.

Parti pembangkang Utama, United National Movement melaporkan ibu pejabat mereka diserang pada hari pengundian, manakala media Georgia melaporkan dua orang cedera dan dimasukkan ke hospital selepas diserang di luar pusat mengundi.

Georgia mempunyai hubungan kompleks dengan Russia kerana kedua-dua negara tersebut pernah berperang pada 2008, dan Moscow masih menduduki 20 peratus wilayah Georgia. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya