Presiden baharu KLFA diketahui hari ini

Presiden baharu KLFA diketahui hari ini

Syed Yazid Syed Omar(kiri) dan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid akan bersaing sengit merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persoalan siapa akan menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) akan terjawab hari ini dengan melibatkan persaingan sengit antara dua calon iaitu Syed Yazid Syed Omar dan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Presiden baharu akan diumumkan selepas pemilihan barisan kepimpinan baharu KLFA yang akan berlangsung pada kongres ke-35 persatuan berkenaan.

Terdahulu, Syed Yazid dan Abdullah Sani telah melancarkan pelan perancangan masing-masing, malah mereka juga telah merangka pembentukan ‘pasukan’ masing-masing untuk mengemudi KLFA.

Menyelesaikan masalah kewangan terutama membabitkan isu tunggakan gaji skuad Liga Super, Kuala Lumpur City dilihat menjadi agenda utama kedua-dua calon itu.

Bagi Syed Yazid yang juga Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang badan induk itu, berkata struktur awal pasukan yang mahu dibina untuk menguruskan KLFA terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama dari dunia korporat dan bekas pemain.

“Saya mengharapkan kemenangan supaya KLFA boleh pergi lebih jauh, lebih profesional dan paling utama KL City lebih unggul, maknanya tak nak ada isu gaji lagi.

“Sekiranya dipilih sebagai presiden, saya tetap dengan lima agenda saya umumkan sebelum ini. Bagi merealisasikan agenda itu, kewangan paling utama dan sebab itu saya bawa masuk orang korporat dalam pasukan saya.

“Saya sendiri orang berniaga dan orang bola. Sudah 11 tahun saya bersama KLFA dengan tiga presiden sejak 2013. Saya tahu kelemahan dan apa yang perlu diperbaiki. Pengalaman di FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) pun mematangkan saya bagaimana nak uruskan KLFA,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah Sani pula berjanji akan menyelesaikan masalah tunggakan gaji KL City sekiranya beliau menang dalam kongres pemilihan.

“Saya juga akan mencari solusi bagi menangani masalah kewangan dalaman, termasuk melalui kerjasama dengan syarikat swasta yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pemegang saham KL City,”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya