Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel

Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel

TIADA angka kematian rasmi dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Gaza setakat ini.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pegawai Kanan Pentagon dan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada pentadbiran Presiden, Joe Biden mengenai kemungkinan berlakunya jenayah perang oleh Israel beberapa hari selepas tercetusnya peperangan di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berdasarkan siasatan oleh agensi berita Reuters.

Laporan Reuters mendapati, selepas meneliti tiga set pertukaran e-mel antara pegawai kanan pentadbiran AS bertarikh antara 11 hingga 14 Oktober lalu, pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa dan boleh menjejaskan hubungan AS dengan dunia Arab.

“E-mel tersebut turut menunjukkan tekanan dalaman pentadbiran Biden untuk menukar mesej dari menunjukkan solidariti dengan Israel kepada memasukkan simpati terhadap rakyat Palestin serta keperluan membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan ke Gaza,” menurut siasatan tersebut.

Dalam satu e-mel yang dihantar pada 11 Oktober lalu, lima hari selepas serangan Hamas ke atas Israel dan permulaan serangan balas di Gaza, Pegawai Diplomasi Awam tertinggi Jabatan Negara AS, Bill Russo memaklumkan kepada pegawai kanan AS ‘kehilangan kredibiliti dalam kalangan penonton berbahasa Arab’ kerana tidak menangani krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza.

“Kegagalan AS untuk bertindak balas terhadap keadaan kemanusiaan rakyat Palestin bukan sahaja tidak berkesan dan membawa kesan buruk, malah kami turut dituduh bersubahat dengan jenayah perang yang mungkin berlaku dengan terus berdiam diri terhadap tindakan Israel terhadap orang awam,” tulis Russo.

Russo menggesa pentadbiran Biden untuk mengambil tindakan segera dan mengubah pendirian awamnya yang menyokong tindak balas Israel terhadap serangan 7 Oktober dan perang seterusnya di Gaza.

Dua hari kemudian, pada 13 Oktober, Israel menyebarkan risalah di utara Gaza, memberi amaran kepada sejuta penduduk untuk meninggalkan rumah mereka dalam masa 24 jam selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengisytiharkan untuk ‘menghancurkan Hamas’.

Selepas panggilan telefon dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan bagi Asia Barat ketika itu, Dana Stroul, menulis dalam satu e-mel kepada pembantu kanan Biden tentang organisasi kemanusiaan tersebut memberi amaran secara peribadi Israel hampir melakukan jenayah perang.

Laporan Reuters pada 14 Oktober lalu, menyatakan penasihat kanan pertahanan Israel telah menghantar e-mel kepada rakan sejawatannya di Jabatan Negara AS untuk meminta penghantaran senjata dipercepatkan.

Sejak perang bermula, AS telah menghantar sejumlah besar peluru kepada Israel, termasuk ribuan peluru berpandu berpandu tepat dan bom seberat 900 kilogram, menurut sumber dari beberapa pegawai AS.

Setahun selepas perang yang tiada titik noktah itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 41,802 rakyat Palestin terbunuh dan 96,844 lagi cedera. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya