Pensyarah Pro-Israel digantung kerana ugut kakitangan Universiti

Pensyarah Pro-Israel digantung kerana ugut kakitangan universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang pensyarah pro-Israel yang lantang bersuara di Universiti Columbia telah digantung sementara selepas pihak universiti mendakwa beliau ‘berulang kali mengganggu dan menakut-nakutkan kakitangan Universiti, sekaligus melanggar dasar Universiti’.

Shai Davidai, yang berpangkat sebagai Profesor Madya di sekolah perniagaan, menjadi perhatian di kampus serta media sosial kerana pendiriannya yang tegas dalam menyokong Israel dan mengkritik pelajar serta pensyarah pro-Palestin yang sering dituduhnya menyokong ‘keganasan’.

Sebelum ini, beliau menggunakan akaun X miliknya, yang mempunyai lebih 100,000 pengikut untuk menuduh seorang pensyarah terkenal di Columbia, Prof. Rashid Khalidi, sebagai ‘jurucakap Hamas’.

Davidai turut mengganggu dan mendedahkan identiti pelajar-pelajar, dengan ramai antara mereka mengecam penyalahgunaannya sepanjang tahun lalu.

Beberapa pelajar tampil dalam media sosial selepas penggantungan Davidai, mengkritik universiti kerana bertindak lambat terhadapnya.

Menurut mereka, Davidai juga didakwa pernah membuat video mendesak Pengawal Kebangsaan AS dikerahkan terhadap penunjuk perasaan pelajar dan menyamakan pegawai keselamatan kampus sebagai ‘ahli Nazi Jerman’.

Meskipun terdapat banyak aduan terhadapnya, namun gangguan Davidai terhadap Ketua Pegawai Operasi universiti, Cas Holloway yang nampaknya mencetuskan tindakan tegas dari pihak pentadbiran universiti.

“Columbia sentiasa menghormati hak Davidai untuk bebas bersuara dan menyatakan pandangannya. Kebebasan bersuara beliau tidak pernah disekat,” kata jurucakap universiti, Millie Wert, dalam kenyataan kepada akhbar pelajar Columbia, Columbia Daily Spectator.

Davidai telah dilarang memasuki kampus tetapi penggantungannya tidak akan menjejaskan gaji atau statusnya sebagai anggota fakulti, dan universiti menawarkan ruang pejabat alternatif di luar kampus.

Kem protes Universiti Columbia telah menginspirasi puluhan protes serupa di kampus-kampus seluruh Amerika Syarikat, tahun lalu.

Universiti itu dikritik hebat kerana menyekat protes, namun turut menerima tekanan kuat daripada penderma dan ahli politik yang menuduhnya menyokong anti-Semitisme di kampus, yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Presiden Columbia, Minouche Shafik, pada musim panas lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya