JAKARTA: Seorang suspek utama kerana menganjur pesta bertukar-tukar pasangan seks atau swinger, memberitahu polis dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk kaut untung.
Suspek yang diberikan singkatan SM, 31, berasal dari Malang ditahan bersama 12 peserta yang terbabit dalam seks swinger dan threesome yang di sebuah vila di Kota Batu.
Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Suryono berkata, SM adalah suspek utama kerana dia yang menjadi fasilitator pesta itu.
Menurut Suryono, ada bayaran yang dikenakan kepada para peserta dan tertuduh telah mengaut keuntungan.
Katanya, setiap pasangan mengaku dikenakan bayaran tertentu apabila ingin menyertainya.
“Bayaran Rp825,000 (RM250) dikenakan setiap orang, keuntungan tidak spesifik ambil untung banyak,” kata Suryono pada sidang akhbar.
Suryono menambahkan dari hasil pemeriksaan, tertuduh mengakui sebenarnya tidak fokus dan memikirkan keuntungan. melainkan, memenuhi fantasi yang diperoleh dari pesta seks itu.
“Dia (SM) mengakui bukan fokus pada untungnya, tapi kepuasan untuk melakukan itu. Mereka melakukan seks di satu ruangan dan berganti-ganti pasangan,” ujarnya.
Katanya, SM menjadi orang yang mengatur pesta tersebut seperti mencari vila sebagai lokasi untuk memenuhi fantasi pada peserta.
Sebelum itu, sebanyak 12 orang yang merupakan pasangan yang menyertai pesta swinger atau bertukar pasangan ditahan dalam keadaan bogel oleh polis Jawa Timur di sebuah vila di Kota Batu.
Mereka terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita. – Detik.com