Penduduk bimbang tebing  Sungai Kerayong akan runtuh lagi

Penduduk bimbang tebing  Sungai Kerayong akan runtuh lagi

KEADAAN tebing anak Sungai Kerayong di Taman Lembah Mahu di Ampang Jaya yang runtuh malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Penduduk Taman Lembah Maju menggesa pihak berkuasa agar mempercepat kerja-kerja baik pulih tebing anak Sungai Kerayong berhampiran kediaman mereka yang runtuh malam tadi.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Lee, 56, menyuarakan kebimbangan itu selepas kejadian sama dikhuatiri  berulang berikutan cuaca sekarang yang kerap hujan.

“Kita harap pihak PBT (pihak berkuasa tempatan) ambil tindakan segera untuk baiki tebing yang runtuh.

“Kita tidak mahu kejadian sama berulang, itu yang paling merisaukan penduduk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Adrean anak Untam, 44, berkata,  ini kejadian kedua dengan kejadian pertama pernah berlaku pada tahun lalu tidak jauh dari lokasi runtuhan semalam.

“Ini kejadian kali kedua dan agak serius. Kita dapati ada lokasi kelihatan mulai retak, justeru kita minta pihak berkuasa turun ke lokasi buat pemeriksaan.

“Jika tidak diambil tindakan segera, penduduk berhadapan dengan bahaya. Ia boleh runtuh pada bila-bila masa lebih-lebih lagi ketika ini cuaca yang kerap hujan. Sebarang kerosakan perlu dibaiki segera,” jelasnya.

Siasatan awal mendapati punca berlaku tanah runtuh pada tebing anak Sungai Kerayong berhampiran Taman Lembah Maju di sini malam tadi disebabkan arus deras dan paras air tinggi susulan hujan lebat.

Dalam kejadian  pukul 7.14 malam itu, dua kenderaan membabitkan sebuah lori dan kereta yang diparkir di tempat parkir hampir terjatuh ke dalam sungai selepas sebahagian tembok tebing sungai itu  runtuh.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya