Pemuda mati dipukul akibat curi motosikal - Utusan Malaysia

Pemuda mati dipukul akibat curi motosikal

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GRESIK: Seorang pemuda berusia 19 tahun dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan intensif di Hospital Petrokimia Driyorejo, Jawa Timur, selepas menjadi mangsa serangan orang ramai.

Pemuda tersebut mengalami keadaan kritikal selepas dipukul oleh orang ramai ketika ditangkap mencuri motosikal.

Pemuda tersebut ditangkap oleh pemilik motosikal dan orang ramai di Driyorejo, Gresik, Jawa Timur, sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan), Ahad lalu.

Seorang saksi yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut, melihat rakaman melalui CCTV seorang lelaki tidak dikenali sedang menolak sebuah motosikal.

Dia kemudian bergegas keluar dari kedai sambil menjerit memberi amaran.

Mendengar teriakan tersebut, suspek terus menjatuhkan motosikal dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap oleh orang ramai sehingga mengalami kecederaan parah.

Suspek dilaporkan diseret di atas jalan sebelum dikejarkan ke Hospital Petrokimia Driyorejo.

Keadaannya dilaporkan kritikal Isnin lalu, dan disahkan meninggal dunia sekitar pukul 4.45 petang.

Ketua Polis Driyorejo, Musihram, mengesahkan jenazah suspek kini dibawa ke Hospital Umum Daerah Ibnu Sina Gresik untuk proses bedah siasat.

“Jenazah dibawa ke Hospital Ibnu Sina untuk bedah siasat,” tambahnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya