Pemimpin ASEAN, PM China bincang isu Laut China Selatan

Pemimpin ASEAN, PM China bincang isu Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENTIANE: Pemimpin Asia Tenggara akan mengadakan rundingan sidang kemuncak hari ini bersama Perdana Menteri China, Li Qiang berhubung konflik Laut China Selatan yang menjadi pertikaian berpanjangan.

Sejak berbulan-bulan lalu, bilangan pertempuran antara kapal Beijing dan nelayan Filipina dan Vietnam semakin meningkat.

Seramai 10 anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) akan bertemu Li semasa perhimpunan di Vientiane, selepas seharian berbincang mengenai konflik perang saudara di Myanmar.

Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol juga akan menyertai sidang kemuncak itu, bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Semalam, pemimpin ASEAN mengulangi gesaan sejak sekian lama untuk mengekang dan menghormati undang-undang antarabangsa, berdasarkan draf kenyataan Pengerusi Sidang Kemuncak yang dilihat oleh AFP.

Beijing menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, laluan air yang mempunyai kepentingan strategik yang besar dan berpotensi membawa keuntungan trillion dolar dalam transit perdagangan setiap tahun. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya