TANGERANG: Rumah Anak Yatim Darussalam An-Nur di Banten mendapat perhatian ramai selepas pemilik yayasan serta penjaganya didakwa berhubung kes cabul.
Difahamkan, sebanyak tujuh orang yang tinggal di rumah berkenaan menjadi mangsa pencabulan, dengan empat daripadanya masih di bawah umur.
Sementara itu, tiga mangsa lain dicabuli sejak masih kanak-kanak dan kini kesemuanya sudah berusia 20 tahun lebih.
Pemilik yayasan itu, Sudirman dikenali sebagai sosok yang berimej agamawan dan sering melakukan kegiatan sosial.
Namun, kini terungkap lelaki itu terlibat dalam salah laku seksual sehingga menjadikan kanak-kanak di rumah perlindungan berkenaan sebagai mangsa.
Pihak polis sudah mengenal pasti tiga suspek dalam kes ini iaitu Sudirman dan dua penjaga, Yusuf dan Yandi. -TRIBUNNEWS