Pemandu lori didenda kerana maki polis

Pemandu lori didenda kerana maki polis

S. Hari Ram (memakai penutup muka) ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang pemandu lori didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia mengaku bersalah memaki hamun seorang anggota polis, Ahad lalu.

Tertuduh, S. Hari Ram, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memaki hamun anggota polis terbabit dengan sengaja berkata-kata kesat di tepi jalan bersebelahan kawasan perumahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Baru, Perai.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 4.20 petang pada 6 Oktober yang lalu.

Atas kesalahan tersebut, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli manakala tertuduh pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Berdasarkan fakta kes, seorang anggota polis telah mengarahkan suspek supaya berhenti di tepi jalan selepas ternampak lelaki tersebut melanggar lampu lampu isyarat berwarna merah pada hari kejadian.

Semasa ditahan, suspek bagaimanapun bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadu iaitu anggota polis terbabit kerana tidak berpuas hati selepas dikenakan tindakan saman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya