Peluncur ombak Itali maut ditikam ikan Pedang di Sumatera

Peluncur ombak Itali maut ditikam ikan Pedang di Sumatera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Seorang peluncur ombak dari Itali maut selepas ditikam oleh seekor ikan pedang ketika meluncur di pantai barat Sumatera, Indonesia.

Mangsa, Giulia Manfrini, 36, mengalami kecederaan parah selepas ditusuk oleh paruh ikan pedang di perairan Ombak Bengbeng, berhampiran Pulau Masokut di Kabupaten Kepulauan Mentawai, pada Jumaat lalu, lapor agensi berita Antara.

“Secara tiba-tiba, seekor ikan Pedang melompat ke arah Manfrini dan menikam dadanya,” kata Pemangku Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah Kepulauan Mentawai, Lahmudin Siregar.

Manfrini sempat meminta bantuan dengan melambai tangan kepada dua saksi yang menyaksikan kejadian tersebut dan mereka segera memberi bantuan awal dan membawanya ke Pusat Kesihatan Pei Pei Pasakiat Taileleu, lapor Antara dengan memetik kenyataan polis dari Pulau Siberut.

Bagaimanapun, usaha untuk menyelamatkan mangsa tersebut gagal.

Laporan perubatan menunjukkan Manfrini mengalami luka sedalam lima sentimeter di bahagian dada kiri atas dan tanda-tanda lemas turut dikesan.

Mayat Manfrini telah dibawa ke kota Padang dan akan dihantar pulang ke Itali, lapor ABC News Australia pada Isnin.

Media Australia 9News pula melaporkan ikan yang terlibat dalam kejadian itu adalah jenis ikan jarum, berdasarkan kenyataan sebuah resort tempatan.

Pemergian Manfrini turut diratapi oleh Datuk Bandar kampung halamannya di Venaria Reale menerusi satu hantaran di Facebook, Sabtu lalu.

Manfrini dikatakan telah merealisasikan impiannya untuk meluncur ombak, sukan kegemarannya, serta membuka agensi pelancongan sukan, kata Datuk Bandar Venaria Reale, Fabio Giulivi Sindacoe. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya