Pelajar sekolah maut akibat dihukum mencangkung 100 kali

Pelajar sekolah maut akibat dihukum mencangkung 100 kali

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Pihak polis di Sumatera Utara sedang menyiasat kes seorang pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun yang meninggal dunia minggu lalu, setelah dilaporkan dihukum dengan melakukan denda mencangkung 100 kali kerana gagal menghafal bible.

Mangsa, Rindu Syahputra Sinaga, meninggal dunia pada 26 September lalu, seminggu selepas dia didakwa dipaksa melakukan denda mencangkung oleh guru di sebuah sekolah berhampiran daerah Deli Serdang, Sumatera Utara.

Menurut ibunya, Yuliana Derma Padang, Rindu memberitahunya dia dipaksa melakukan denda 100 kali mencangkung kerana tidak dapat menghafal bible sehingga beliau mengadu ketidakselesaan pada kaki dan mengalami demam tinggi.

“Ini adalah kali pertama kejadian ini berlaku,” kata Yuliana kepada media Kumparan.

Mangsa dirawat di klinik berhampiran dan kemudian dirujuk ke Hospital Sembiring di Deli Tua, kira-kira 13.5 km dari Medan, tetapi keadaannya terus merosot dan disahkan meninggal dunia pada pagi 26 September lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Deli Serdang, Pesuruhjaya Polis Risqi Akbar mengesahkan siasatan terhadap insiden itu sedang dijalankan.

“Anggota kami sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, guru yang memberikan hukuman kepada mangsa tersebut dilaporkan sangat menyesal dengan hukuman yang diberikan itu.

“Guru tersebut kini tidak dalam keadaan baik. Dia merasa bersalah dan terkejut kerana tidak menyangka perkara ini boleh berlaku,” kata Muriadi, ketua majlis pendidikan Deli Serdang, dalam satu temu bual telefon dengan media Kompas pada 29 September.

Muriadi berkata, guru tersebut telah menjadi guru ganti untuk pendidikan agama Kristian sejak Januari tahun ini, menggantikan guru sebelumnya yang sudah bersara. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya