Pelajar Lahore protes jenayah rogol, tuntut hukuman berat

Pelajar Lahore protes jenayah rogol, tuntut hukuman berat pada pelaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Pelajar di bandar Lahore, Pakistan mengadakan demonstrasi berikutan insiden rogol di sebuah kampus kolej dan menuntut pelaku dikenakan hukuman berat dengan kadar segera.

Demonstrasi yang dianjurkan semalam, merupakan susulan daripada protes yang berlangsung di dua kampus kolej berbeza pada Isnin, dengan kerajaan tempatan bertindak menutup kolej tersebut.

Protes di Lahore tercetus selepas berita mengenai seorang pelajar dirogol oleh seorang pengawal keselamatan di kampus Kolej Perempuan Punjab tular dalam media sosial.

Pelbagai laporan menyatakan kejadian rogol tersebut berlaku pada malam Khamis atau Jumaat lalu, di sebuah ruang bawah tanah di kampus tersebut.

Menurut pihak kolej, mangsa tidak dapat dikenal pasti disebabkan tiada sesiapa yang tampil untuk membuat aduan rasmi, serta tiada laporan dibuat kepada pihak polis sehingga maklumat palsu tersebar dalam talian.

Polis pada mulanya menafikan laporan dalam talian tersebut sebagai ‘palsu,’ tetapi kemudiannya mengesahkan seorang pengawal kolej dituduh merogol dan kini dalam tahanan serta siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Pengarah Kumpulan Kolej Punjab, Agha Tahir Ijaz berkata, rakaman CCTV telah diperiksa dan tiada bukti tentang insiden tersebut.

“Kami sendiri pergi ke beberapa balai polis, tetapi tiada kes dilaporkan,” kata Ijaz seperti yang dipetik oleh akhbar Dawn.

Kumpulan Progresif Pelajar yang menganjurkan protes semalam, menuntut penubuhan sebuah Jawatankuasa yang melibatkan organisasi hak asasi manusia bebas, wakil pelajar, dan hakim bagi menyiasat insiden tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya