Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah gagal meluaskan kemaraannya apabila tewas pada aksi suku akhir Terbuka Denmark 2024, sebentar tadi.

Pearly-Thinaah gagal ke separuh akhir Terbuka Denmark

PEARLY Tan-M. Thinaah tewas kepada beregu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah gagal meluaskan kemaraannya apabila tewas pada aksi suku akhir Terbuka Denmark 2024, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Arena Jyske Bank itu, Pearly-Thinaah selaku pilihan kelima gagal menjinakkan lawan mereka dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi apabila tewas 20-22, 19-21.

Pasangan No. 7 dunia itu sebelum ini menewaskan gandingan Jepun itu untuk menempah tiket ke final Terbuka Arctic 2024, minggu lalu.

Kekalahan itu menyaksikan tiada wakil Malaysia yang akan bermain di peringkat separuh akhir kejohanan berkenaan.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kedua Pearly-Thinaah ke atas pasangan Jepun itu dalam enam pertemuan sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya