PDRM juara Piala Agong 2024, benam Johor 43-29

PDRM juara Piala Agong 2024, benam Johor 43-29

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) juara untuk dua kali berturut-turut pada Piala Agong 2024, di Stadium Shah Alam, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mempertahankan gelaran apabila menewaskan Johor 43-29 pada perlawanan akhir untuk menjuarai ragbi Piala Agong 2024, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium UITM Shah Alam itu, Sang Saka Biru bermula rancak untuk memastikan kejuaraan kedua mereka berturut-turut selepas mendahului permainan 19-17 pada separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan PDRM semakin garang selepas mencatat enam try dan lima conversion secara keseluruhan pada perlawanan berkenaan.

Pengendali PDRM, K. Dinesvaran berkata, beliau gembira dengan ‘ujian’ pertama beliau menjadi jurulatih dan berterima kasih kepada pasukan kerana memberinya peluang.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Ini merupakan tugas pertama saya sebagai jurulatih dan amat berbangga dengan kemenangan ini.

“Terima kasih kepada PDRM kerana memberi saya peluang untuk menjadi jurulatih,” kata Dinesvara kepada pemberita sejurus tamat perlawanan, hari ini.

Untuk rekod, PDRM ini merupakan gelaran kelima Piala Agong selepas mengungguli pada tahun 1983, 1985, 1991 dan 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya