Pau Marti sedia hadapi cabaran New Zealand

Pau Marti sedia hadapi cabaran New Zealand

Nooa Laine menjadi penjaring gol tunggal buat skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 2 menentang Auckland FC di Stadium Go Media, Auckland, semalam.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, menganggap perlawanan antarabangsa Tier 2 di Stadium Go Media menentang Auckland FC, semalam sebagai ujian yang baik untuk persiapan pasukannya menjelang pertemuan dengan New Zealand, Isnin ini.

Katanya, biarpun Auckland FC merupakan kelab baharu dalam liga Australia namun mereka telah menunjukkan potensi besar dengan pelaburan yang signifikan serta pemain yang berkualiti.

“Saya percaya kami telah menjalani perlawanan yang sangat baik menentang pasukan yang kuat.

Ini merupakan satu ujian yang baik untuk kami, terutama kerana kami akan bertemu New Zealand, yang dijangka memberi saingan serupa dalam permainan fizikal, pantas, dan berintensiti tinggi,” katanya selepas perlawanan.

Dalam perlawanan itu, skuad kendalian Pau Marti ketinggalan selepas Francis de Vries meledak gol pembukaan Auckland FC pada minit ke-25 sebelum Nooa Laine menyamakan kedudukan pada minit ke-59.

“Kami cuba melakukan perubahan di separuh masa kedua dan kami menggantikan sembilan pemain, di mana ramai pemain hanya diturunkan selama 45 minit.

Saya sangat gembira dengan komitmen semua pemain yang berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan,” tambahnya.

Vicente juga menyatakan bahawa keseluruhan 22 pemain yang diturunkan dalam perlawanan tersebut menunjukkan keinginan untuk peragakan persembahan terbaik.

“Saya gembira semua pemain menunjukkan permainan yang baik dan saya mahu memberi pengalaman kepada semua pemain walaupun tidak bermain penuh selama 90 minit,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya