Pau Marti panggil tiga muka baharu

Pau Marti panggil tiga muka baharu

PEMAIN-Pemain Harimau Malaya akan menjalani sesi latihan di Auckland, New Zealand selama seminggu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente telah memanggil tiga muka baharu untuk menyertai 27 pemain yang akan menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan selama seminggu di Auckland.

Tiga muka baharu itu adalah penjaga gol Selangor FC, Azim Al Amin Kamaruddin serta pemain muda dari skuad B-19 kebangsaan yang baru kembali dari Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Tajikistan iaitu penjaga gol, Haziq Aiman Mohd Esa (JDT II) dan Haykal Danish Mohd Haizon (Selangor FC B-23).

Sementara itu, pengendali dari Sepanyol itu telah mengekalkan seramai 23 daripada 26 pemain dari skuad yang menjuarai Pestabola Merdeka 2024 bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang New Zealand pada 14 Oktober di Stadium North Harbour, Auckland.

“Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin yang tidak bersama pasukan ketika Pestabola Merdeka 2024 kembali dipanggil kali ini bersama-sama tiga muka baharu.

“Skuad Harimau Malaya akan berlepas terus ke Auckland pada 6 Oktober 2024 untuk menjalani kem latihan pusat di sana selama seminggu bagi menghadapi perlawanan menentang New Zealand pada 14 Oktober 2024 dan kembali ke tanah air, hari berikutnya.

Terdahulu, Pau Marti memulakan tugasnya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya menggantikan Kim Pan Gon dengan prestasi positif apabila menjuarai Piala Merdeka sekali gus mengatasi rekod pengendali dari Korea Selatan berkenaan yang tidak memenangi sebarang trofi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya