Palmer lanjutkan rekod suram Newcastle

Palmer lanjutkan rekod suram Newcastle

PENJAGA gol Newcastle United, Nick Pope (kanan), melepaskan gol kedua pasukannya yang dijaringkan oleh pemain tengah Chelsea, Cole Palmer, semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Chelsea dan Newcastle United di Stamford Bridge, London, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain sensasi, Cole Palmer menjadi hero untuk Chelsea apabila menjaringkan gol kemenangan pada awal separuh masa kedua bagi membantu menewaskan Newcastle United 2-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Pada aksi yang mendebarkan itu, gol pembukaan berjaya dihasilkan oleh penyerang muda Chelsea, Nicolas Jackson pada minit ke-18.

Tersentak dengan jaringan Jackson, Alexander Isak melepaskan rembatan dari jarak dekat pada minit ke-32 untuk menyamakan kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan Chelsea mengatur strategi baharu apabila Palmer menghasilkan penyudah pada minit ke-47 sekali gus memastikan kemenangan pasukannya.

Keputusan itu memastikan Newcastle terus kemarau kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.

Untuk rekod, Newcastle yang dikendalikan oleh Eddie Howe meneruskan pencarian kemenangan pertama di Stamford Bridge dalam EPL sejak Mei 2012. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya