Nidzam angkat kaki dari Selangor FC

Nidzam angkat kaki dari Selangor FC

NIDZAM Jamil meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Selangor FC menerima satu lagi tamparan hebat apabila pengendalinya, Nidzam Jamil meletak jawatan serta merta, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan Selangor FC yang menyatakan bahawa Nidzam mahu mengundur diri daripada mengendali kelab berkenaan.

“Selangor FC mengumumkan bahawa Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil telah meletakkan jawatannya, berkuatkuasa serta-merta. Beliau memohon untuk mengundur diri dari mengemudi pasukan utama Selangor FC dan pihak kelab menghormati keputusan beliau.

“Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Di bawah bimbingan beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama, Selangor FC kini sedang berada di antara kelompok teratas liga, muncul naib juara Piala FA musim ini, serta menduduki tempat teratas Kumpulan H untuk saingan AFC Liga Juara-Juara Dua.

“Beliau banyak memupuk semangat kompetitif di kalangan pemain, dan kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi pasukan sehingga kini,” katanya daripada kenyataan Selangor FC.

Tugas ketua jurulatih Selangor kini akan digalas oleh Abdi Hassan secara interim sementara kelab terbabit mengenalpasti ketua jurulatih baharu.

Untuk rekod, Nidzam dilantik sebagai pengendali Selangor selepas Tan Cheng Hoe meninggalkan pasukan sebelum bermulanya saingan Liga Super musim 2024/2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN