New Zealand bakal turunkan 'skuad kedua' lawan Malaysia

New Zealand bakal turunkan ‘skuad kedua’ lawan Malaysia

BARISAN Pemain New Zealand turun dengan misi meraih kemenangan menjelang aksi berdepan Malaysia di Stadium North Harbour esok.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali New Zealand, Darren Bazeley mungkin akan menurunkan ‘skuad kedua’ untuk aksi berdepan Malaysia dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour, esok.

Jelas Bazeley, tindakan untuk menurunkan pemain simpanan adalah kerana pemain utamanya masih kepenatan selepas mengharungi perjalanan jauh ketika turun menentang Tahiti di Vanuatu pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026, Zon Oceania, Jumaat lalu.

“Saya jangka kita akan buat rombakan dalam kesebelasan utama tetapi bukan sepenuhnya.

“Apa yang pasti, saya anggap kita sebagai pilihan pada perlawanan persahabatan itu nanti kerana ini adalah peluang untuk menjadi pasukan utama memandangkan kedudukan ranking yang lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun, Bazeley memberi peringatan kepada anak buahnya untuk jangan memandang rendah kemampuan skuad Harimau Malaya walaupun jurang kedudukan ranking agak jauh di mana All Whites menghuni tangga 95 berbanding pelawat 132 dunia.

“Mengenai pasukan lawan, kita juga boleh lihat mereka membawa pasukan yang cukup besar ke sini.

“Saya turut mendengar komen jurulatih lawan (Pau Marti Vicente) dan saya harap pemain dapat manfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri nanti,” ujarnya.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada 2006 lalu yang menyaksikan skuad negara tewas dalam dua aksi persahabatan yang berlangsung di Christchurch dan Auckland, dengan keputusan 0-1 dan 1-2.

Rekod pertemuan sejak 1967 juga menyaksikan Malaysia tewas lapan kali dan hanya mampu menang dua kali serta dua seri daripada 12 perlawanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya