Negara jiran Israel tutup ruang udara selepas serangan Iran

Negara jiran Israel tutup ruang udara selepas serangan peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Kebanyakan negara Asia Barat yang berjiran dengan Israel dan Lubnan telah menutup ruang udara bagi mengelak laluan konflik yang semakin meruncing, selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu balistik terhadap Israel.

Jurucakap Perkhidmatan Penjejakan Penerbangan, FlightRadar24, memaklumkan penerbangan dialihkan ‘ke mana sahaja yang mungkin,’ dengan peta lalu lintas udara menunjukkan pesawat-pesawat terpaksa membuat lencongan besar ke arah utara dan selatan, dengan banyak penerbangan menuju ke Kaherah dan Istanbul.

FlightRadar24 turut menyatakan Istanbul dan Antalya di selatan Turkiye semakin sesak, memaksa beberapa syarikat penerbangan untuk berpindah lebih jauh ke selatan.

Serangan oleh Iran itu merupakan tindak balas terhadap kempen Israel terhadap sekutu Teheran, Hezbollah di Lubnan, dan Israel pula berjanji akan memberi ‘tindak balas yang menyakitkan’ kepada musuhnya.

“Serangan peluru berpandu besar-besaran telah dilancarkan terhadap Israel dalam beberapa minit terakhir. Pada masa ini, seluruh negara sedang dalam amaran peluru berpandu,” kata agensi itu dalam satu buletin navigasi kecemasan.

Tidak lama kemudian, pihaknya mengumumkan penutupan ruang udara Jordan dan Iraq, serta penutupan laluan penting ke ruang udara yang dikawal Cyprus.

Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan Iraq kemudian mengumumkan pembukaan semula ruang udara Iraq untuk penerbangan awam yang masuk dan keluar dari lapangan terbang Iraq.

FlightRadar24 memaklumkan pihaknya akan mengambil masa sebelum penerbangan diaktifkan semula di sana.

Jordan juga membuka semula ruang udaranya selepas menutupnya berikutan serangan peluru berpandu oleh Iran ke arah Israel, lapor agensi berita kerajaan Jordan.

Ruang udara Lubnan akan ditutup kepada trafik udara selama dua jam pada Selasa, menurut Menteri Pengangkutan Ali Hamie melalui X.

Gangguan terkini ini dijangka memberikan satu lagi tamparan kepada industri penerbangan yang sudah berdepan pelbagai sekatan akibat konflik antara Israel dan Hamas, serta Rusia dan Ukraine. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya