MOM terima Sukan Komanwel Glasgow 2026 anjur skala lebih kecil

MOM terima Sukan Komanwel Glasgow 2026 anjur skala lebih kecil

GANDINGAN negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei ketika meraih pingat emas badminton beregu wanita pada Sukan Komanwel Glasgow 2014. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerima keputusan tuan rumah Glasgow untuk menggugurkan beberapa sukan utama seperti badminton, akuatik – terjun, hoki dan skuasy bagi menjayakan penganjuran Sukan Komanwel 2026 dalam versi yang lebih kecil.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, langkah itu tidak dapat dielakkan memandangkan tempoh masa yang singkat dan keperluan untuk mengecilkan skala temasya sukan tersebut selepas penarikan diri oleh Victoria, Australia tahun lalu.

“Keutamaan sekarang adalah untuk memastikan Sukan Komanwel dapat dilaksanakan dengan kualiti tertinggi tetapi dalam keadaan yang lebih mampan dari segi kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini..

Beliau berkata, pihaknya menyedari bahawa edisi Glasgow 2026 bakal diadakan dalam versi yang lebih kecil berbanding edisi-edisi terdahulu, namun langkah itu perlu diterima walaupun melibatkan pengorbanan sukan-sukan yang menjadi kekuatan Malaysia seperti badminton dan terjun.

Hari ini, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) secara rasmi mengesahkan Glasgow sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026, yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026 dan merupakan kali kedua Glasgow menjadi tuan rumah selepas edisi 2014 yang dianggap sangat berjaya.

Sukan Komanwel 2026 kali ini akan melibatkan penyertaan kira-kira 3,000 atlet dari 74 negara dan wilayah Komanwel dan menampilkan 10 jenis sukan, dengan acara-acara tertumpu di empat lokasi utama dalam kawasan sejauh lapan batu dari pusat bandar Glasgow.

Antara sukan yang digugurkan dalam edisi kali ini termasuk akuatik – terjun, memanah, kriket T20, mendayung, ragbi tujuh, dan skuasy.

Namun, acara seperti renang, olahraga, bola keranjang 3×3, tinju, berbasikal trek, gimnastik, judo, boling padang, bola jaring dan angkat berat akan tetap dipertandingkan.

Tambah Mohd Nazifuddin, edisi 2026 ini dijangka menjadi penanda aras baharu dalam penganjuran Sukan Komanwel yang lebih fleksibel dan mampan, selari dengan usaha mengurangkan kos serta impak alam sekitar.

“MOM juga akan berkerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta persatuan sukan untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya