Mei Xing-Pei Kee rangkul gelaran sulung

Mei Xing-Pei Kee rangkul gelaran sulung

TEOH Mei Xing-Go Pei Kee meraikan kemenangan mereka di podium pada perlawanan akhir Malaysia Super 100, di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing mempamerkan pukulan bertenaga selepas berjaya memenangi gelaran pertama mereka pada kejohanan Malaysia Super 100 di Stadium Juara, sebentar tadi.

Pemain No. 112 dunia itu mengejutkan gandingan pilihan pertama dari Taiwan, Nicole Chan-Yang Chu Yun menerusi permainan straight set 22-20, 21-11 dalam tempoh 42 minit.

Mei Xing yang bergandingan secara tetap dengan Pei Kee sejak Piala Uber 2024, April lalu tidak dapat menahan sebak kerana sering terkandas pada pusingan kedua di Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum ini.

“Kita pun tidak pernah masuk di final. Jadi kami dapat peluang ini kami guna sebaiknya walaupun ada nasib juga. Apabila kami masuk final ini kami fikir jangan lepaskan peluang itu dan menang perlawanan ini.

“Beberapa kejohanan sebelum ini kami tewas awal dan sangat kecewa. Jadi kemenangan ini membantu semula untuk bangkit. Usaha kami akhirnya terbalas,” kata Pei Kee kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah, di Stadium Juara, hari ini.

TEOH Mei Xing (kanan) dan Go Pei Kee tidak dapat menahan sebak selepas berjaya merangkul kemenangan acara beregu wanita Malaysia Super 100, di Stadium Juara, hari ini. – IHSAN BAM

Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini bergandingan dengan Anna Cheong, namun pasangannya itu dibelenggu kecederaan pada hujung tahun lalu dalam tempoh yang lama.

Bagaimanapun Anna, digugurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada awal bulan lalu ketika mereka melakukan rombakan pemain dan barisan kejurulatihan.

Kemenangan itu menyaksikan Mei Xing-Pei Kee berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$7,900 (RM34,005) berserta pingat.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Mei Xing-Pei Kee mara ke final dan memenangi kejohanan bertaraf BWF. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya