Marquez ungguli MotoGP Australia

Marquez ungguli MotoGP Australia

PELUMBA pasukan Gresini Racing, Marc Marquez dari Sepanyol meraikan di podium selepas memenangi MotoGP Grand Prix (GP) Australia di Phillip Island, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILLIP ISLAND: Marc Marquez muncul juara MotoGP Australia, hari ini selepas menewaskan Jorge Martin, dalam pertarungan sengit manakala Francesco Bagnaia menduduki tempat ketiga.

Pelumba Sepanyol dari pasukan Gresini itu memulakan perlumbaan dengan teruk tetapi berjaya bangkit untuk mengejar Martin dari pasukan Pramac dan memotongnya ketika berbaki empat pusingan sekali gus meraih kemenangan keempatnya di Phillip Island.

Walaupun Marquez memenangi perlumbaan, Martin mengukuhkan kedudukannya di puncak kejuaraan dengan kelebihan 20 mata ke atas juara bertahan dari Ducati, Bagnaia, ketika hanya berbaki tiga perlumbaan.

Pelumba Ducati-VR46, Fabio Di Giannantonio menamatkan perlumbaan di tempat keempat mengatasi rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini dan Franco Morbidelli dari pasukan Pramac.

Martin mempamerkan kepantasan sepanjang hujung minggu, menyambar petak pertama dan memimpin dari mula hingga tamat perlumbaan pecut semalam di mana Bagnaia menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Walaupun kejuaraan dunia kini lebih kepada perebutan antara dua pelumba namun kemenangan Marquez yang merupakan juara dunia enam kali masih mengekalkan dirinya dalam persaingan.

Marquez ketinggalan 79 mata di belakang pendahulu, peluangnya untuk menjadi pengacau kepada Martin serta Bagnaia tampak tipis.

Selepas Australia, perlumbaan akan bersambung ke Thailand minggu depan sebelum Malaysia dan penamat musim di Valencia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya