Maritim Pulau Pinang bantu pindahkan kru kapal patah tangan

Maritim Pulau Pinang bantu pindahkan kru kapal patah tangan

SEORANG lelaki warga Ukraine (kanan) dipindahkan oleh anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang dalam misi bantuan Medical Evacuation (MEDEVAC) untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana patah tangan, petang semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang berjaya membantu memindahkan seorang kru kapal yang mengalami patah tangan dalam misi bantuan Medical Evacuation (MEDEVAC) di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Razali Kasim berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) Negeri Pulau Pinang sebelum mengatur gerak bot peronda ke lokasi kejadian kira-kira pukul 3 pagi.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa berada dalam sebuah kapal kontena yang sedang dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Khalifa, Abu Dhabi.

“Mangsa merupakan seorang warga Ukraine yang berusia 26 tahun. Dia dikatakan mengalami kecederaan patah tangan sewaktu melakukan penyelenggaraan pam di bahagian operasi kapal tersebut.

“Sebelum itu, kapal kargo (kontena) yang didaftarkan di bawah Flag State Valleta itu telah menghantar maklumat kecemasan kepada Jabatan Laut Malaysia pada pukul 6 petang semalam.

“Maklumat terbabit seterusnya disalurkan pula kepada Maritim Negeri Pulau Pinang untuk bantuan pemindahan mangsa di laut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Razali, mangsa kemudiannya dipindahkan kepada ejen kapal di jeti Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) dan seterusnya dibawa ke Hospital Gleaneagles Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai khususnya komuniti maritim diminta untuk melaporkan sebarang aduan atau insiden kecemasan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang.

Katanya, laporan boleh dibuat dengan menghubungi talian 011-3660 0145 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya