Malaysia raih pingat gangsa, tewas kepada China

Malaysia raih pingat gangsa, tewas kepada China

Skuad remaja negara membawa pulang pingat gangsa selepas tewas kepada China pada separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia Berpasukan Campuran di Nanchang, China, hari ini. - IHSAN FB BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Turun selaku underdog, skuad remaja Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan China selepas tumpas kepada tuan rumah 76-110 pada separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia Berpasukan Campuran di Nanchang, China, hari ini.

Kekalahan tersebut menyaksikan pasukan negara yang diletakkan sebagai pilihan ketiga hanya berpuas hati membawa pulang pingat gangsa.

Kejohanan yang memperkenalkan format baharu iaitu kutipan mata secara bergilir-gilir memulakan aksi dengan 11 mata dalam set pertama.

Untuk perlawanan pembukaan, Malaysia yang mempertaruhkan pemain perseorangan perempuan, Ong Xin Yee mengejutkan Xu Wen Jing menerusi kemenangan tipis 11-10.

Muhammad Faiq Haziq Masawi yang menyambung perjuangan selepas itu, bagaimanapun, gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas mudah 14-22 kepada Hu Zhe An.

Malaysia terus ketinggalan di belakang pilihan pertama, China apabila beregu campuran, Datu Anif Isaac Datu Asrah-Dania Sofea Zaidi tunduk kepada Lin Xiang Yi-Liu Yuan-Yuan 16-32 hanya dalam masa 9 minit.

Beregu lelaki, Muhammad Faiq-Lok Hong Quan turut menerima nasib serupa apabila mereka tumpas kepada Hu Ke Yuan- Lin Xiang Yi 25-44 dalam masa 15 minit.

Gandingan perempuan, Dania Sofea-Carmen Ting yang berusaha bangkit memberikan tentangan juga tewas 38-55 kepada Chen Fan Shu Tian-Lin Jia Yue.

Perlawanan yang disambung semula dalam set kedua tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila Xin Yee yang diturunkan sekali lagi kalah kepada Wen Jing 40-66.

Tuan rumah semakin melebarkan kedudukan apabila Muhammad Faiq tidak mampu menandingi kehebatan Zhe An apabila tunduk 44-77, manakala, beregu campuran, Aaron Tai-Aqilah Maisarah Ramdan akur kepada Xiang Yi-Yuan Yuan 59-88.

Malaysia cuba bangkit apabila mempertaruhkan beregu muda sedang meningkat naik, Kang Khai Xing-Aaron tidak mampu untuk mengejar jurang mata yang semakin jauh apabila mereka kalah kepada Ke Yuan-Xiang Yi 70-99.

Xin Yee-Carmen yang masuk ke gelanggang dalam perlawanan terakhir tewas kepada Shu Tian-Jia Yue 76-110. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya