BEIRUT: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran Lubnan dilanda ‘malapetaka’ krisis kemanusiaan apabila jumlah individu yang dipindahkan secara dalaman mencecah 600,000, ketika Israel berterusan melancarkan serangan terhadap Hezbollah. Penyelaras Khas PBB di Lubnan, Jeanine Hennis-Plasschaert berkata, Lubnan berdepan konflik dan krisis kemanusiaan yang membawa bencana. “Seramai 600,000 orang kehilangan tempat tinggal dan lebih 350,000 daripadanya adalah kanak-kanak,” katanya. Israel memperhebatkan serangan udara terhadap kubu kuat Hezbollah di Lubnan sejak 23 September lalu, menyebabkan lebih 1,190 orang terbunuh dan memaksa lebih sejuta melarikan diri, mengikut pengiraan angka rasmi AFP. Tentera Darat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya