Choo Hock dicalonkan ke FIBA Basketball Hall of Fame

MABA calonkan Choo Hock ke FIBA Basketball Hall of Fame

LEGENDA pemain bola keranjang negara, Datuk Yeoh Choo Hock.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock secara rasmi mencalonkan legenda bola keranjang negara, Datuk Yeoh Choo Hock, untuk dimasukkan ke dalam FIBA Basketball Hall of Fame.

Cadangan tersebut telah dihantar kepada FIBA sebagai pengiktirafan kepada sumbangan besar Choo Hock terhadap bola keranjang di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Choo Hock yang kini berusia 81 tahun, mempunyai lebih daripada tiga dekad pengalaman dalam bidang bola keranjang yang mana sepanjang kerjayanya, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung MABA selama 17 tahun (1990-2007) dan Naib Presiden MABA selama dua tahun (2008-2009).

Di peringkat antarabangsa pula, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Asia Tenggara (SEABA) dari 1994 hingga 2006 serta Setiausaha Agung FIBA Asia dari 1998 hingga 2012 dan kini beliau memegang gelaran Setiausaha Agung Emeritus FIBA Asia sejak 2012.

Antara pencapaian luar biasa Choo Hock termasuk memimpin pasukan bola keranjang kebangsaan Malaysia memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 serta berjaya membawa kejohanan antarabangsa besar seperti Kejohanan Dunia Bola Keranjang Wanita ke Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi Pesuruhjaya FIBA di empat Sukan Olimpik dan beberapa Kejohanan Dunia FIBA, selain menerima pelbagai anugerah antarabangsa seperti Anugerah CEO Terbaik 1997 oleh Persatuan Bola Keranjang USA dan Anugerah Perkhidmatan Sepanjang Hayat John Wooden pada 2001.

Tian Hock dalam kenyataannya menyebut bahawa dedikasi seumur hidup Choo Hock dalam pembangunan bola keranjang di Malaysia dan Asia tidak dapat disangkal lagi.

“Choo Hock bukan sahaja tokoh penting bola keranjang Malaysia tetapi juga seorang pemimpin yang telah memberi impak besar kepada bola keranjang dunia. Kemasukan beliau ke FIBA Basketball Hall of Fame, katanya, adalah pengiktirafan tertinggi bagi usaha gigih beliau selama ini.

“Dengan pencalonan ini, saya berharap sumbangan besar Choo Hock akan terus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi sukan bola keranjang dan memajukannya ke peringkat yang lebih tinggi,” kata Tian Hock. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya