M8 ‘tawan’ M8 Malaysia Pushbike GP Series 2024, persiapan mantap ke Jepun

M8 ‘tawan’ M8 Malaysia Pushbike GP Series 2024, persiapan mantap ke Jepun

AKSI Peserta M8 Malaysia Pushbike GP Series 2024 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan M8 Pushbike mempamerkan kehebatan mereka dengan merangkul kejayaan besar di M8 Malaysia Pushbike GP Series 2024 dengan memenangi tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.

Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli berkata, kejayaan tersebut menjadi landasan penting bagi pasukan M8 menghadapi cabaran lebih besar pada RCS World Champion di Jepun, yang akan diadakan pada Januari 2025.

“Kejohanan ini dilihat sebagai ujian penting untuk menilai tahap kesiapsiagaan pasukan sebelum bersaing di pentas dunia. Kejayaan yang konsisten dan persiapan yang teliti, pasukan M8 kini berada dalam posisi terbaik untuk menghadapi cabaran di Jepun.

“Kejayaan di Malaysia ini membangkitkan semangat dan keyakinan bahawa pasukan M8 mampu menjadi pencabar utama di RCS World Champion 2025.

“Di samping prestasi di litar, kejohanan ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak yang menjadikan ia sebuah kejayaan besar,” ujarnya.


Pasukan M8 Pushbike muncuul juara di M8 Malaysia Pushbike GP Series 2024.

Kejuaraan M8 Malaysia Pushbike GP Series 2024 menyaksikan prestasi cemerlang daripada pasukan M8, dengan Mikayla dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk kategori Open Girl.

Kemenangan ini menambah lagi kegemilangannya apabila dia turut menyertai kategori Super dan berjaya menduduki tempat kelima keseluruhan.

Malah, bintang cilik, Maleeq Dragster juga berjaya merangkul juara keseluruhan mengalahkan pelumba daripada pelumba dari lima negara, Indonesia, Thailand, Singapore, Japan termasuk Malaysia.

Tambah Wan Mohd, Muzri lagi, M8 turut menguatkan barisan mereka dengan membawa pelumba Jepun, Kai Kai, dari M8 Jepun untuk siri keempat dan kelima.

“Kai Kai berjaya menjuarai kategori 2017 dalam kedua-dua siri tersebut, menambah keyakinan pasukan M8 untuk menghadapi kejohanan dunia.

“Kejayaan Kai-kai memberi kekuatan terbaik kepada pasukan kami untuk menjuarai RCS World Champion di Jepun nanti,” katanya.

Dalam masa sama prestasi di litar, kejohanan ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak yang menjadikan ia sebuah kejayaan besar. Antara pihak yang terlibat adalah Petronas Sepang International Circuit (SIC), ZK Racing, MiniGP Malaysia, dan Kementerian Belia & Sukan (KBS).

Pihak lain yang turut memainkan peranan penting termasuk Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Bike8 Malaysia, dan Rockfish Malaysia, yang memberikan sokongan dalam memastikan kelancaran penganjuran M8 Malaysia Pushbike GP Series 2024.

Dalam pada itu, pelumba harapan, Mikael berjaya merangkul kedudukan ketiga terbaik keseluruhan bagi kategori terbuka lelaki selepas mengalami kecederaan setelah terjatuh dalam siri keempat dan kelima.

Ibu kepada tiga beradik hebat itu, Datin Seri Nursyafira berkata, kecederaan tersebut menjejaskan prestasinya dalam kejohanan, namun Mikael masih mampu meraih tempat ketiga keseluruhan, menandakan kekuatannya sebagai pelumba.

“Saya agak sedih untuk Mikael yang terjatuh dan mengalami kecederaan, tetapi saya yakin dia akan bangkit dan membuktikan yang terbaik pada tahun 2025.

“Bagaimanapun, ini adalah satu kejayaan terbaik untuk 3M _Mikayla, Mikael dan Maleeq) dalam pertandingan siri kali ini. Maleeq dan Mikayla berjaya muncul juara keseluruhan untuk lima siri pada 2024. Alhamdulillah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya