LTdL 2024: Poole juara keseluruhan, Malucelli tawan Bintulu lagi

LTdL 2024: Poole juara keseluruhan, Malucelli tawan Bintulu lagi

MAX Poole bergelar juara keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024, di Lasar Kenyalang, Bintulu, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Pelumba Team dsm-firmnenich PostNL, Max Poole menepati ramalan selepas muncul juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 tatkala wakil JCL Team UKYO, Matteo Malucelli mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menakluk Bintulu buat kali kedua pada peringkat kelapan, hari ini.

Pelumba berusia 21 tahun itu kekal menyarung Jersi Hijau sejak peringkat ketiga (Taiping-Cameron Highlands) sehingga peringkat terakhir sekali gus menjadi acara kemuncak perlumbaan berprestij Asia terbabit.

Lebih manis, kemenangan itu sekali gus memahat namanya sebagai juara keseluruhan termuda sejal perlumbaan berstatus 2.Pro itu dianjurkan pada 1996, memadam rekod yang dipegang oleh Yonathan Monsalve dari Androni Giocattoli Serramenti PVC Diquigiovann pada 2011 yang berusia 22 tahun.

Beliau menjadi pelumba Great Britain kedua juara keseluruhan dengan catatan 26 jam 27 minit 44 saat (s) pada lapan peringkat perlumbaan dan mengetepikan pencabar terdekatnya dari JCL Team UKYO, Thomas Pesenti yang ketinggalan 0:13s.

MATTEO Malucelli melintasi garisan penamat pada peringkat kelapan LTdL 2024, di Lasar Kenyalang, Bintulu, hari ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Masih terbuai dengan mimpi selepas kejayaannya mengungguli peringkat ketujuh di Bintulu, Malucelli sekali lagi mengegarkan laluan sejauh 147.5 kilometer (km) itu dengan catatan 3:07:38s.

Malucelli turut bergelar Raja Pecut selepas berjaya mengekalkan kedudukan Jersi Jingganya selepas mengumpul 80 mata diikuti De Kleijn (78 mata) di tempat kedua dan Gleb Syritsa dari Astana Qazaqstan Team di tempat ketiga (12 mata).

(DARI kiri) Malucelli selaku Raja Pecut (Jersi Jingga), Poole (Jersi Hijau), Aparicio (Jersi Polka Dot dan Ishibashi (Jersi Putih). – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Sementara itu, pelumba BH Burgos, Mario Aparicio dinobat sebagai Raja Bukit selepas kekal penaklukkan Jersi Polka Dot berkenaan dengan mengumpul 27 mata diikuti Poole (22 mata) dan Anthon Charmig dari Astana Qazaqstan Team (12 mata).

Perebutan Jersi Putih akhirnya terjawab selepas rakan sepasukan Malucelli, Manabu Ishibashi menjadi pelumba terbaik Asia dengan catatan keseluruhan 26:30:02s diikuti rakannya, Yuma Koishi (2:41s) dan Keigo Kusaba dari Aisan Racing Team melengkapkan podium (2:45s).

Rakan sepasukan Malucelli, Manabu Ishibashi pula meraih Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia dengan catatan keseluruhan 26:30:02s diikuti seorang lagi rakan sepasukannya, Yuma Koishi 2:41s dan kedudukan ketiga diisi Keigo Kusaba (Aisan Racing Team) 2:45s.

Berita baik buat peminat sukan tanah air berikutan Malaysia Pro Cycling (MPC) menjadi pasukan ketiga terbaik Asia pada penampilan pertama di LTdL 2024 dengan catatan 79:58.46s secara keseluruhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya