LTdL 2024: Bintulu menjadi milik Malucelli

LTdL 2024: Bintulu menjadi milik Malucelli

PELUMBA JCL Team Ukyo, Matteo Malucelli memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 peringkat ketujuh (Miri-Bintulu), di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Pelumba JCL Team UKYO, Matteo Malucelli membuktikan beliau seorang pakar pecut yang unggul selepas berjaya memintas wakil Tudor Pro Cycling. Arvid De Kleijn pada saat akhir untuk bergelar juara peringkat ketujuh dari Miri ke Bintulu Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024), hari ini.

Dengan laluan terpanjang pada perlumbaan sejauh 199.3km itu, pelumba kelahiran Itali berkenaan berhasil tiba di garisan penamat dengan catatan masa empat jam 18 minit 3 saat (s) manakala dua pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvin De Kleijn berada di tempat kedua manakala Maikel Zijlaard di carta ketiga.

Dalam pada itu, perseteruan Jersi Jingga diteruskan dengan De Kleijn kekal menjadi Raja Pecut selepas mengumpul 66 mata dan pencabar terdekatnya, Malucelli yang kekurangan satu mata untuk merebut jersi berkenaan.

Walaupun hanya satu zon pendakian di laluan peringkat ketujuh ini, pelumba BH-Burgos, Mario Aparicio turut mengekalkan Jersi Polka Dot selaku Raja Bukit selepas mengumpul 27 mata diikuti Max Poole dari Team dsm-firmenich PostNL sebagai pencabar terdekat dengan 22 mata.

Penaklukan Jersi Putih sebagai pelumba terbaik Asia kekal menjadi Manabu Ishibashi dari JCL Team UKYO dengan catatan masa 23:22:24s setakat perlumbaan peringkat kelapan, hari ini.

Peringkat terakhir esok akan diteruskan di sekitar bandar Bintulu dan menawarkan jarak sejauh 147.5km dan hanya menawarkan tiga zon pecutan di Kem Batu 18, Lasar Kenyalang 1 dan Lasar Kenyalang 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya