Lima maut, syarikat Aeroangkasa di Turkiye diserang pengganas

Lima maut, syarikat Aeroangkasa di Turkiye diserang pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Seramai lima orang maut dan 22 yang lain cedera dalam serangan terhadap ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turki, Turkish Aerospace Industries (TUSAS), berhampiran ibu negara Ankara, kira-kira pukul 3.30 petang (waktu tempatan), semalam.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya berkata, dua penyerang berjaya diberkas di lokasi berkenaan.

“Malangnya, seramai lima orang maut dan 22 yang lain mengalami kecederaan akibat serangan itu.

“Tiga daripada mangsa yang cedera sudah keluar hospital dan 19 yang lain masih menerima rawatan,” katanya.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengutuk insiden itu sebagai ‘serangan pengganas yang keji’.

Rakaman dari tempat kejadian seperti yang disiarkan oleh media tempatan sejurus serangan itu, menunjukkan kepulan asap tebal dan kebakaran besar di Kahramankazan, sebuah bandar kecil di utara Ankara.

Paparan imej daripada kamera keselamatan juga menunjukkan seorang lelaki berpakaian biasa membawa beg galas dan memegang senapang ringan.

Imej itu juga jelas kelihatan menunjukkan seorang wanita membawa senjata. -AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya