Liga A1 'bersih', tiada isu jual perlawanan

Liga A1 ‘bersih’, tiada isu jual perlawanan

Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terdapat kelab Liga A1 Semi-Pro didakwa terlibat dengan kesalahan menjual perlawanan dan tuduhan itu dibangkitkan oleh para peminat bola sepak tempatan dalam media sosial.

Kesalahan berkenaan mula diperkatakan berikutan beberapa perlawanan dalam saingan liga Semi-Pro itu menyaksikan jaringan mudah diperolehi, selain pertahanan kelab yang didakwa terlibat membuka ruang mudah untuk pasukan lawan menjaringkan gol sebanyak mungkin.

Bagaimanapun, Liga Bola Sepak Amatur (AFL) menafikan perkara itu berlaku dan menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa memantau perkara berkenaan.

Tegas Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad berkata pihaknya dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memiliki kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sentiasa memantau isu berkenaan daripada ‘menjangkiti’ liga itu.

“Perkara ini saya tidak berani untuk komen kerana bukan berada dalam kepakaran kita. Namun perkara-perkara seperti ini menang kita berhubung dengan FAM dan kita juga tahu FAM mempunyai hubungan yang baik dengan SPRM serta pihak-pihak lebih pakar dengan isu ini.

“Kita sendiri tidak berani nak cakap ini ada isu bookie atau pertaruhan. Jika kita rasa mungkin ada unsur-unsur itu, tentu sekali kita akan laporkan tetapi pastinya dengan bukti-bukti yang kukuh.

“Setakat kata keputusan perlawanan seperti 7-0, 10-0, itupun tidak sepertinya dikatakan terlibat dengan unsur-unsur itu (jual perlawanan), kadang-kadang memang ada pasukan betul-betul kuat,” katanya.

Mohd Raimi berkata, jika benar ada isu ini terjadi dalam Liga A1 maka pihak berkenaan yang memiliki bukti kukuh boleh membuat laporan terus kepada SPRM.

“Sesiapa sahaja yang ada bukti boleh buat laporan terus kepada SPRM dan sebagainya untuk mereka menjalankan siasatan.

“Kes seperti ini kita tidak boleh dedahkan atau bercakap secara terbuka kerana ia akan mengganggu siasatan,” jelasnya.

Untuk rekod, pasukan tercorot liga, Harini FC muncul pasukan paling banyak dibolosi dengan 54 gol dan hanya menang satu daripada 16 perlawanan yang telah berlangsung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya