Lebih 30,000 penduduk dipindahkan dari sempadan Ukraine

Lebih 30,000 penduduk dipindahkan dari sempadan Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Seramai 30,415 orang termasuk hampir 8,000 kanak-kanak dipindahkan dari kawasan berhampiran sempadan Ukraine akibat serangan dan insiden berbalas tembakan.

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Russia, Tatyana Moskalkova dalam satu temu bual bersama laman berita Argumenty I Fakty berkata, mangsa yang dipindahkan kini ditempatkan di hampir 1,000 pusat penempatan sementara di seluruh Russia.

Ukraine yang diserang oleh Russia sejak Februari 2022, telah bertindak balas dengan melakukan serangan balas dan tembakan di kawasan sempadan Russia, dengan tentera Ukraine menyasarkan infrastruktur yang dianggap penting oleh Moscow.

Pada Ogos lalu, tentera Ukraine melancarkan serangan ke wilayah Kursk, mengambil alih puluhan penempatan dan mengekalkan kedudukan mereka di kebanyakan kawasan tersebut sejak itu.

Tambah Moskalkova, beliau menerima aduan mengenai lebih 1,000 rakyat Russia dari Kursk yang dilaporkan hilang dan dipercayai ditahan oleh tentera Ukraine.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan Moskalkova secara bebas, manakala tiada kenyataan segera daripada Kyiv berhubung dakwaan tersebut.

Kedua-dua pihak saling menafikan menyasarkan atau menahan orang awam, namun beribu-ribu nyawa telah terkorban dalam perang ini, dengan majoriti mangsa adalah rakyat Ukraine.

Moskalkova juga memaklumkan beliau telah melawat lebih 2,000 tahanan perang Ukraine di Russia, dan lawatan serupa melibatkan tahanan Rusia dilakukan oleh rakan sejawatannya di Ukraine. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya