Lapan maut akibat hujan lebat di Brazil - Utusan Malaysia

Lapan maut akibat hujan lebat di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Sekurang-kurangnya lapan orang maut selepas hujan lebat melanda Brazil, semalam.

Institut Meteorologi Negara memaklumkan kawasan tengah dan tenggara Brazil dilanda angin ribut sehingga berlaku hujan setiap hari.

Jabatan Pertahanan Awam Negeri memaklumkan tujuh orang maut di Sao Paulo, negeri paling ramai penduduk di Brazil, disebabkan pokok tumbang akibat angin kencang dan hujan berterusan.

Gangguan bekalan elektrik turut melanda sebahagian besar bandar Sao Paulo dan firma tenaga sehingga menyebabkan 1.6 juta rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik.

Di ibu negara Brasilia, seorang tentera terbunuh dan seorang lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang ketika mangsa sedang mengalihkan kenderaan di hadapan ibu pejabat polis tentera.

Beberapa bulan sebelum ini, Brazil dilanda kemarau paling terburuk pernah direkodkan akibat perubahan iklim. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya