Lapan haiwan mati, Taman Zoologi Hong Kong ditutup sementara

Lapan haiwan mati, Taman Zoologi Hong Kong ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Taman Zoologi dan Botani Hong Kong terpaksa ditutup bermula hari ini selepas lapan ekor haiwan ditemukan mati.

Jabatan Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan Hong Kong memaklumkan, antara haiwan yang mati termasuk seekor monyet De Brazza, seekor monyet tupai biasa, tiga ekor tamarin kapas, serta tiga ekor monyet saki berwajah putih.

Menurut pihak berkuasa, proses bedah siasat serta ujian makmal telah dijalankan segera untuk mengenal pasti punca kematian haiwan-haiwan tersebut.

“Kami sedang berhubung dengan Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai perkara ini.

“Semasa menunggu keputusan ujian, Bahagian Mamalia di Taman Zoologi dan Botani akan ditutup mulai hari ini bagi tujuan pembasmian kuman dan pembersihan. Kami juga akan memantau keadaan kesihatan haiwan lain dengan lebih teliti,” katanya.

Walaupun bahagian mamalia taman tersebut ditutup sementara sehingga 20 Oktober depan untuk proses pembersihan, bahagian lain taman itu tetap dibuka kepada orang awam.

Martin Bella dan isterinya, pelancong dari Republik Czech, kagum dengan kebersihan dan kemudahan taman tersebut walaupun terdapat sedikit rasa kecewa dengan penutupan sebahagian kawasan.

“Tempat ini masih menarik untuk dilawati,” ujar Bella.

Taman Zoologi dan Botani Hong Kong, yang merupakan taman tertua di bandar ini, dibuka sepenuhnya kepada orang awam pada 1871 dan dinamakan semula pada 1975.

Taman ini mempunyai lebih 158 ekor burung, 93 ekor mamalia dan 21 ekor reptilia yang ditempatkan dalam kira-kira 40 kurungan. -SCMP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya