Langkah Zii Jia tersekat

Langkah Zii Jia tersekat

LEE Zii Jia tewas kepada pemain Jepun, Koki Watanabe, 15-21, 21-13, 12-21 pada aksi suku akhir Terbuka Arctic 2024, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia gagal meneruskan rentak kemenangannya apabila tersungkur pada aksi suku akhir Terbuka Arctic 2024, sebentar tadi.

Pemain No. 4 dunia itu tewas kepada wakil dari Jepun, Koko Watanabe dalam permainan tiga set 15-21, 21-13, 12-21 dalam tempoh sejam 6 minit.

Watanabe juga menjadi ‘saksi’ ketika Zii Jia mengalami kekalahan terbesar pada perlawanan pusingan pertama Terbuka China, bulan lalu yang mana beliau tewas 21-15, 21-2.

Untuk rekod, sepanjang tiga pertemuan mereka sejak tahun lalu, Zii Jia belum pernah menewaskan pemain perseorangan Jepun berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya